Kebanyakkan blog yang saya jumpa, kotak komennya tidak di pasang comment moderation. Jadi sebaik saja kita klik terbitkan (publish) komen kita, ia akan muncul dan boleh dibaca.
Saya seronok kalau komen saya dapat dibaca semula. Terasa satu macam kepuasan. Sebaliknya bila komen kita ghaib selepas kita klik terbitkan, timbul rasa tak berapa seronok.
Contoh kotak komen yang ada comment moderation adalah seperti cetakan skrin di bawah. Satu dalam BI dan satu lagi dalam BM.
.
Your comment will be visible after approval.
Ulasan anda akan dapat dilihat selepas kelulusan.
Saya juga pasang benda itu tapi saya set untuk komen kepada entri saya yang sudah melebihi 5 hari. Kalau tidak, komen kepada entri-entri lama saya, pasti saya tidak perasan dan terlepas pandang.
Yang saya maksudkan itu adalah kalau benda itu sentiasa terpasang dan memerangkap komen kita walaupun untuk entri yang terbaru.
Saya faham kenapa ada blog tertentu yang memasangnya. Ia bertujuan untuk mengelakan komen-komen nakal, lucah dan tidak sewajarnya dari diterbitkan. Saya faham itu dan menghormati hak anda dan tidak berniat langsung untuk mempersoalkan tindakan anda itu.
Cumanya saya nak beritahu ada dua masalah yang saya hadapi kalau benda itu dipasang.
Pertama. Saya tak dapat tahu komen orang yang terdahulu untuk mengelakkan saya memberi komen yang serupa.
Kedua. Saya tak dapat nak semak kalau ada kesilapan ejaan atau tertinggal perkataan supaya dapat dibuang dan dibuat semula.
Kalau tak dapat tengok, saya bertawakal sahajalah agar komen saya itu tidak mengulangi komen orang yang terdahulu dan tiada kesalahan ejaan atau maksud.
Sekali lagi saya tegaskan, blog anda adalah hak anda. Terpulanglah kepada anda nak buat macam mana.Saya cuma memberi pendapat tentang masalah saya sahaja. Janganlah pulak ada yang marah.