Selamat menyambut Nisfu Sha'ban dan berpuasa bagi yang berpuasa.
Hari ini saya nak cerita sikit tentang anak-anak. Bagi mereka yang sudah punya anak yang ramai, tentu arif tentang perangai atau sifat setiap anak masing-masing. Walaupun beribu-bapakan orang yang sama dan menerima asuhan yang sama, makanan yang sama dan tinggal bersama namun perangai mereka tidak sama. Saya ambil contoh tentang perangai mereka dalam meminta atau diberikan sesuatu.
1. Spesis angin lalu.
Dia minta sekali sahaja. Kalau kita kata 'tak boleh' dia kata 'ok' dan kemudian tidak akan meminta lagi. Kita kena fikir dulu sebelum memberi keputusan setuju atau tidak setuju kerana dia tidak akan meminta benda yang sama sebanyak dua kali.
2. Spesis ombak di pantai.
Dia akan minta berkali-kali. Anak yang ini kita tak payah risau nak kata tidak sebab dia akan meminta berulangkali atau merengek sehingga hajat dia tercapai. Kadang-kadang kita kata 'boleh' bukan sebab setuju sangat tapi malas nak dengar rengekan (baca - harassment) dia. Spesis ini biasanya mementingkan jenama. Kalau kasut misalnya, dia tak main kasut Bata, paling koman pun Nike walhal ayah dia dulu pakai kasut Fung Keong je.
3. Spesis bendul.
Dia tak pandai dan tak pernah minta untuk dibelikan apa-apa. Apa yang kita beli atau beri itulah yang dipakai atau dimakannya. Kalau kita beri henfon yang harganya RM48 misalnya, henfon itulah yang digunakannya dan tak segan pun menayangkan kepada kengkawannya.
4. Spesis wali.
Dia tak mahu dibelikan apa-apa, kalau yang lama masih elok. Kadang-kadang kita kesian tengok dia, misalnya memakai seluar yang itu itu juga. Bila kita nak belikan seluar yang baru, dia tak mahu. "Seluar ini elok lagilah ayah" katanya.
Begitulah serba sedikit perangai anak-anak saya. Mungkin anda yang sudah punya anak-anak, ada yang berperangai begitu. Bagi yang belum berkahwin atau belum ada anak pulak, agak-agaknya anda ini anak dari spesis yang mana ?
Siapa pernah pakai kasut jenama ini ?

Untuk makluman, entri yangini adalah sangat berkaitan dan disyorkan untuk dibaca.