Untuk makluman, entri ini merupakan sambungan dari entri ini.
PELAJARAN 3: huruf 'as' jadi huruf 'eh'.
Diperhatikan juga, orang N9 bila bertemu huruf 'as' di hujung setiap perkataan akan menukarkan sebutannya kepada huruf 'eh'.
Contoh:
atas - ateh
balas - baleh
bingkas - bingkeh
buas - bueh
cantas - canteh.
culas - culeh
kapas - kapeh
kipas - kipeh
kupas - kupeh
libas - libeh
lepas - lopeh
malas - maleh
pangkas - pangkeh
pintas - pinteh
Dalam hal ini pun ada pengecualiannya. Tak ada petua tertentu, cuma kena ingat sahaja.
Contoh:
awas tak boleh tukar jadi aweh
belas tak boleh tukar jadi beleh
bebas tak boleh tukar jadi bebeh
kebas tak boleh tukar jadi kebeh
tewas tak boleh tukar jadi teweh.