Sambungan dari entri ini. Pelajaran kali pendek sahaja tapi menarik dan penting untuk mencapai ketepatan sebutan dalam percakapan.
PELAJARAN 6. Sebutan huruf 'ua' jadi 'o'
Umumnya orang N9 akan menukar sebutan 'ua' di dalam satu-satu perkataan kepada 'o' sahaja. Lihat beberapa contoh yang saya berikan seperti di bawah.
Buaya - boyo. Contoh: Boyo darek banyak sekarang ni.
Kuala - kolo. Contoh: Bilo kau nak poie Kolo Kopih.
Kuasa - koso. Contoh: Tak koso den masuh keto tongahari buto ni do.
Puasa - poso. Contoh: Dah habih poso onam lom ?
Suara - sogho. Contoh: Sogho sapo monghoghik-hoghik kek kopuk tu ?
Pengecualian: Muara bukan moro, puaka bukan poko, suasa bukan soso. Bila ada pengecualian itu, kenalah berhati-hati kerana pengecualian ini hanya boleh dikesan atau dipelajari melalui pergaulan dengan orang yang bercakap N9.