Saya suka tengok iklan kenderaan untuk dijual di applikasi Mudah.my atau Motor Trader kat henfon. Hari-hari mau tengok, walaupun sekejap. Sambil tengok sambil berangan-angan. Macam ketagih pulak. Memang saya ada bercadang nak tukar kereta kerana kereta sekarang dah berusia lebih 10 tahun dan sering terbatuk-batuk. Insuran pun dah kena"loading".
Saya tertarik dengan bahasa dan teknik pengiklanan yang dibuat oleh para penjual. Selain dari menceritakan kebaikan dan kehebatan kenderaan yang ingin dijual, ia juga turut menyatakan siapa pemiliknya. Antara pemilik yang sering saya lihat dinyatakan ialah milik seorang wanita, doktor, dato'.
Saya pun tak pasti adakah kalau kereta itu dimiliki oleh doktor misalnya, ia mesti kereta yang sihat. Apakah kalau kereta yang dimiliki oleh seorang Dato' itu, tak pernah alami kemalangan.
Dan saya lagi tidak pasti mengapa pengiklan menyatakan milik serang wanita ?
Saya nak tanya, kalau anda nak beli kereta terpakai, kereta milik siapakah pilihan anda ?
a. Wanita,
b. Doktor,
c. Dato' (atau Tan Sri).
d. Lain-lain ( eg.Imam, Mudim dsb)
Entri ini berkaitan dan saya sangat syorkan untuk di baca walaupun penulisnya bukan seorang Dato'.