Menyambut hari raya puasa di Sarawak (Kuching) semasa saya bertugas di sana (1980-81) memang sangat meriah. Boleh dikatakan setiap rumah dihiasi lampur lip-lap (neon) menjelang akhir Ramadhan. Seolah-olahnya setiap rumah tidak mahu ketinggalam menghias rumah dan kawasan rumah masing-masing dengan lampu dan juga pelita minyak tanah. Saya masih terbayang di mana ada rumah yang sampai memasang lampu di pokok buah-buahan yang terdapat di laman rumah mereka. Memang happening kata bebudak sekarang.
Pada pagi raya sebaik selesai solat sunat idulfitri, kami dalam satu grup akan bergerak ke rumahrumah kenalan dan rakan sekerja. Seboleh-bolehnya kita akan berkunjung ke setiap rumah kenalan kita walaupun sebentar. Makanan tidak begitu penting. Yang pentingnya kita singgah di rumah mereka.Terasa ukhuwah dan kemesraan di antara kita.
Berikut saya tunjukkan beberapa keping gambar suasana hari raya dan juga sekaligus memperlihatkan keadaan kampung dan rumah orang di sana pada ketika itu. Sekarang keadaan tentulah sudah tidak serupa itu lagi.
Gambar 1: Kelihatan titi yang menghubungkan rumah ke rumah. Bila air pasang, air laut akan masuk ke dalam parit atau sungai di bawah titian itu.
Gambar 2: Mod perhubungan masa itu di perkampungan dipersisiran adalah menggunakan perahu menyuusuri sungai seperti yang kelihatan di belakang saya.
Gambar 3: Rombongan kami bergambar di pintu masuk sebuah kampung. Kelihatan tulisan selamt hari raya dalam khat jawi.
Gambar 5: Rakan sekerja yang berkunjung ke rumah sewa saya. Kehadiran mereka menghilangkan kesedihan kami menyambut hari raya di rantau orang.
Gambar 6: Kalau tak silap baju raya yang saya pakai tu adalah baju yang saya pakai semasa akad nikah pada tahun sebelumnya. Tak mampu nak tempah baju baru.

Gambar4: Kelihatan dalam gambarini rakan-rakanketurunan China dan Kelabit turut sama berkunjung ke rumah rakan sekerja.
Gambar 5: Rakan sekerja yang berkunjung ke rumah sewa saya. Kehadiran mereka menghilangkan kesedihan kami menyambut hari raya di rantau orang.
Gambar 6: Kalau tak silap baju raya yang saya pakai tu adalah baju yang saya pakai semasa akad nikah pada tahun sebelumnya. Tak mampu nak tempah baju baru.
Kini semuanya tinggal kenangan yang sangat indah. Kenangan itu tidak mungkin dilupakan, tambahan pula anak sulung saya lahir di sana yang akan sentiasa mengingatkan saya kepadanegeri Sarawak.