Quantcast
Channel: KomenSen
Viewing all 723 articles
Browse latest View live

WW # 150: HANYA DI MALAYSIA ?


MASA BILA KITA WAJIB BERDUSTA ?

$
0
0
Assalamualaikum. Semoga anda yang membaca entri ini sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Ilahi.

Dulu saya pernah buat entri di sini yang mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu kita boleh berdusta (berbohong). Daripada komen-komen yang saya terima, ramai yang tidak selesa dengan entri tersebut. Perlu saya jelaskan di sini, saya bercakap dari segi hukum bukannya berhasrat untuk menggalakan anda berdusta.

Kebetulan baru-baru ini dengan takdir Allah, saya terbaca dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Allahyarham Dr. HAMKAberhubung denganisu ini semasa beliau mentafsirkan  Ayat 32 - Surah Al-Maidah berkaitan dengan hukum berdusta dalam Islam. Apa yang ditulis oleh HAMKA itu adalah selari denganentri saya seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Bahkan menurutnya seseorang itu wajib berdusta kalau dengan berbuat begitu boleh menyelamatkan nyawa seseorang.





Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa hukum asal berdusta itu adalah haram kecuali dalam situasi tertentu seperti yang dinyatakan oleh Dr HAMKA tersebut. Oleh itu kalau tidak memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan oleh beliau, jauhilah dari perbuatan berdusta. Harap entri pendek ini ada manfaatnya kepada pembaca.




CERITA LAWATAN KE JEPUN # 3: MENGINTAI GUNUNG FUJI.

$
0
0
Sejak sampai pada 29 Mac malam dari Malaysia, hari ini sudah masuk tiga hari saya demam. Seluruh badan lemah longlai. Hari ini jadualnya nak pergi meninjau Gunung Fuji. Besoknya pula dijadual ke Disneysea. Saya fikir kalau saya pergi ke Gunung Fuji, besoknya saya tak mungkin larat untuk ke Disneysea. Antara Gunung Fuji dan Disneysea, saya pilih untuk melihat Gunung Fuji kerana saya rasa tak sah lawatan ke Jepun, kalau tidak melihat Gunung Fuji, sedangkan produk Disney merata tempat ada di dunia ini.

Dari homestay saya terpaksa naik teksi untuk ke stesyen keretapi Shibuya kerana sangat lemah untuk berjalan. Jaraknya cuma tak sampai 300 meter sahaja. Drebar teksi tu pun hairan kenapa ada orang menahan teksinya hanya untuk pergi ke tempat yang sejauh itu. Walaupun jaraknya hanya sejengkal, tambangnya adalah sebanyak 410 yen bersamaan lebih kurang RM17.

Pada mulanya saya ingatkan bila sebut melawat gunung Fuji bermaksud mendaki gunung Fuji ke paras tertentu, tapi rupanya hanya melihatnya dari jauh sahaja.  Pemandu pelancong kami membawa kami untuk melihatnya dari pekan Kawaguchiko. Ramai orang lain yang pernah mendakinya atau melihatnya dari tempat lain. Banyak yang telah ditulis oleh blogger mengenainya, kalau kita rajin menggugel.



Video 1. Pemandangan luar bandar Jepun dari dalam keretapi semasa dalam perjalanan untuk melihat Gunung Fuji bagi saya sangat cantik. 

 
 
Gambar 1: Dari dalam keretapi lagi sudah ambil gambar gunung Fuji, punyalah teruja, nampak sekerat pun jadilah.


Gambar 2: Sempat bergambar di stesyen keretapi bandar Kawaguchiko. Bandarnya kecik je. Rasanya besar lagi bandar Seremban. Hehe.


Gambar 3: Pintu gerbang ini menarik hati saya kerana nampak keJepunannya.

 

Gambar 4: Pekannya yang bersih dan lengang.


Gambar 5: Kami menapak dari stesyen keretapi menuju ke bukit tempat pemandangan kira-kira satu kilometer. Badan yang demam dan kudrat yang berkurangan menyebabkan saya rasa macam tak ada daya nak meneruskan perjalanan.


Gambar 6: Kelihatan tasik Kawaguchiko yang sangat permai di belakang saya. Sebenarnya gunung Fuji juga boleh dilihat dari bot tambang yang membawa pelancong. Tetapi kami buat keputusan untuk melihat dari puncak bukit.


Gambar 7:Menapak sambil mendaki bukit untuk ke stesyen kereta kabel memang sangat meletihkan bagi orang tua yang demam.

 

Gambar 8: Stesyen menunggu kereta kabel untuk membawa pengunjung ke puncak bukit.


Gambar 9: Berlatar belakangkan Tasik Kawaguchiko yang permai. Saya tak nampak pulak ada orang mancing ikan. Perasan tak kon biru sebelah kiri gambar tu ? Kalau kat Malaysia selalunya yang pernah saya tengok warnanya merah.


Gambar 10: Sebahagian bandar di pinggir tasik Kawaguchiko dari stesyen kereta kabel.


Gambar 11: Kereta kabel seperti dibelakang saya itulah yang mengangkut pengunjung ke puncak bukit yang entah apa namanya.


Gambar 12: Bergambar bersama semua anggota rombongan. Gunung Fujinya sedang ditelan awan. 

 

Video 2: Makngahnya yang memegang beg merah itu. Mungkin dia keletihan atau kesejukan atau pun kelaparan.


Gambar 13: Intai punya intai, puncak gunung masih lagi diselimuti awan.

 

 Gambar 14: Saya tidak dapat mengagak jarak gunung tersebut dari tempat saya berdiri ini. Rasanya hampir 30km kot.

 

 Gambar 15: Satu lagi gambar gunung Fuji yang mana awak masih lagi tidak bergancak dari puncaknya. Kalau ada masa dan rajin tunggu, mungkin dapat lihat puncaknya setelah awan berlalu pergi. Tapi kita tak ada banyak masa.

 

Gambar 16Hari ini 3/4/2017. Anggaplah percutian ni sebagai hadiah hari jadi yang dibawa ke hadapanuntuk Makngahnya yang jatuh pada 13/4.


Gambar 17: Tibalah masanya untuk beredar pulang. Bukan sahaja semasa naik kena beratur panjang, masa nak turun juga kena beratur ke tempat menunggu kereta kabel.


Gambar 18: Di atas puncak bukit tempat kami melihat gunung Fuji ini ada sebuah bangunan yang sedang di 'upgrade' bagi memberi keselesaan kepada pengunjung pada masa akan datang.


Video 3: Pemandangan gunung Fuji dari sebuah bukit di bandar Kawaguchiko. 

 

Video 4: Keadaan dan pemandangan dalam kereta kabel yang mengangkut kita ke atas dan kebawah tempat pemerhati.


Gambar 19: Kerana masing-masing sudah capek, kita buat keputusan naik teksi ke stesyen keretapi. Mungkin rezeki pemandu teksi ini untuk mendapat tambang dari kami pada hari ini.


Gambar 20: Macam biasa, saya akan beli satu ole-ole sebagai kenang-kenangan.

Memang perjalanan hari ini sungguh mencabar. Habis kudrat saya yang ada digunakan untuk membawa jasad ke tempat ini.  Namun saya rasa puas kerana impian untuk melihat gunung Fuji dengan mata kepala sendiri sudah tercapai. Sesampainya saya di tempat penginapan, rasa macam nak pengsan. Tapi saya terfikir juga, kenapa orang bersusah payah datang dari seluruh pelusuk dunia ke sini, hanya kerana ingin melihat gunung Fuji. Gunung je pun !




Ini gambar gunung Fuji di musim bunga yang saya jumpa hasil carian Google. Memang tidak dapat dinafikan gunung Fuji sungguh cantik. Allahuakbar.

Entri sebelum ini ada di sini.



KAU SIAPA ?

$
0
0


 Bukanlah niat saya nak single out dia seorang sahaja. Namun begitu ia adalah berkaitan dengan entri ini.

Kerap kali saya terjumpa orang beri komen yang mengutuk atau menilai orang lain yang pada fikirannya berperangai atau bersikap negatif.  Seolah-olah dia tak terlibat langsung dengan isu atau perkara yang dia komen itu dan dia macam bukan sebangsa dengan orang yang dia komen. Contohnya seperti di atas. Komennya seolah-olah dia bukan orang Melayu. Tapi saya tahu dia orang Melayu.

Antara komen-komen tipikal yang lain yang saya pernah jumpa adalah lebih kurang seperti berikut:

Melayu memang mudah lupa - adakah dia bermaksud hanya dia seorang sahaja yang tidak mudah lupa?

Melayu mudah kena beli - adakah maknanya hanya dia seorang sahaja yang tidak mudah kena beli?

 Melayu memang pemalas - adakah ini bermakna hanya dia seorang sahaja yang rajin?

Orang Malaysia memang tiada kesedaran sivik - adakah maknanya hanya dia seorang sahaja yang ada kesedaran sivik?

Orang Malaysia memang pentingkan dunia - adakah ini bermakna hanya dia seorang sahaja yang sangat mementingkan akhirat?

Adakah begitu ? Jangan asyik nak menilai orang jer kerjanya. Sesekali cubalah nilai diri sendiri pulak.

* Peringatan kepada diri sendiri.





CERITA LAWATAN KE JEPUN # 4: MENIKMATI KEINDAHAN BUNGA SAKURA.

$
0
0
Selain Gunung Fuji, Jepun juga sinonim dengan bunga Sakura. Kali terakhir saya melihat bunga sakura secara dekat adalah pada tahun 1984 di Washington D.C.  Masa itu anak sulung saya, baru berumur 3 tahun dan sekarang ini anak sulung dia sendiri pun sudah berumur 7 tahun.

Akhirnya selepas kira-kira 33 tahun berlalu, sekali lagi saya dapat melihat dari dekat keindahan bunga sakura ciptaan Ilahi. Kali ini ditempat asal kelahirannya.


Gambar 1:  Gambar saya dan dua orang anak saya di Washington D.C pada tahun 1984. Anak kedua saya yang didukung itu, sekarang sudah punya anak dua. Katanya pokok Sakura di sini adalah hadiah dari kerajaan Jepun suatu masa dulu.

 

Gambar 2: Hari pertama (31hb Mac, 2017) sangat teruja bila ternampak bunga sakura walaupun ia baru nak mula berkembang. Gambar ini diambil dekat dengan tempat kami makan tengahari dan bukannya lawatan ke taman sakura yang akan saya cerita selepas ini.


Gambar 3:  Hari ke dua barulah kita di bawa ke Shinjuku Gyoen National Garden, taman awam untuk melihat bunga sakura dan juga bunga-bunga lain.


Gambar 4: Tapi sebelum itu saya nak tunjuk, beginilah rupanya kalau sakura berbunga penuh. Tapi ini sakura plastik yang diletakkan di stesyen keretapi Shinjuku.  Lihatlah muka saya yang sangat teruja itu sebelum bersedih kerana terpaksa menapak kira-kira 2 km di celah-celah orang ramai untuk sampai ke taman itu.


Gambar 5: Untuk masuk ke sini di kenakan bayaran sebanyak kira-kira RM8. Orang sini memang dahagakan kawasan lapang kerana bandaraya Tokyo dipenuhi dengan hutan batu. Saya tak dapat bayangkan kalau kerajaan mengenakan bayaran masuk ke lake garden di Seremban.

 
 
Video 1: Kemeriahan pengunjung di pintu masuk ke taman.


Gambar 6: Lihat dah ada orang booking tempat dengan meletakkan tikar getah. Kita pulak lupa nak bawak !


Gambar 7: Dari kerusi saya duduk, orang masih belum ramai kerana hari masih awal lagi.


Gambar 8: Bunga sakura dari dekat. Kelihatannya masih ada lagi yang sedang berputik.


Gambar 9: Saya agak grup di belakang saya ini terdiri dari parawisata dari negara jiran kita, Indonesia.


Gambar 10: Sejuk hati saya melihat mereka bersolat bila masuk waktu Zohor.


Gambar 11: Bila sudah agak tengah hari sedikit boleh dikatakan tiada lagi ruang taman yang kosong.


Gambar 12: Semua anggota rombongan dari keluarga saya dan keluarga besan seramai 13 orang bergambar ramai.


Gambar 13: Saya tidak tahu bunga apakah yang melatari gambar kami. Rasanya ia bukan bunga Sakura. 

 

Gambar 14: Ini pun rasanya bukan bunga sakura. Ada yang tahu namanya ?


Gambar 15: Nampak je bunga, apa lagi kita pun minta anak kita mengambil gambar. Tak kisahlah bunga apa.

 

Gambar 16: Gambar kami yang nampak penuh.
 

Gambar 17: Bersama Haiqal pulak yang sentiasa tersengih, anak bongsu kami yang sudi ikut bersama kami melancong ke Jepun.


Gambar 18Sebenarnya dekat dengan stesyen Shibuya tak jauh dari homestay kami ada sebatang pokok sakura yang sudah mula berbunga.



Memang tidak dinafikan bunga sakura cantik, tapi bunga Kenanga, Melati atau bunga Melur juga cantik dan wangi pula, tak macam bunga sakura yang hanya cantik dipandang mata.

KITA KAN DAH DEWASA !

$
0
0
Gambar hiasan hasil carian Google.


Masing-masing rasa dia dah dewasa,
masing-masing kata dia sudah boleh berfikir sendiri,
masing-masing kata dia sudah boleh berusaha sendiri,
masing-masing kata mahu jadi seperti rakyat di negara maju,
tapi bila subsidi ditarik, habis riuh rendah satu Malaya macam dunia sudah terbalik.

Masing-masing kata dia benci rasuah,
masing-masing kata dia benci kronisme,
masing-masing kata dia benci pilih kasih,
tapi bila kena saman, kenapa coba 'berunding' sama pak polisi,
bila minta projek kenapa tak mahu masuk tender tapi mahu dianugerahi terus,
bila anak minta kerja kenapa melilau cari 'orang dalam'.

Rakyat negara maju macam itu kah ?




WW # 151: INILAH PANTAI KITA.

DARI BERANDA SURAU.

$
0
0

 Gambar hiasan hasil carian Google.

Semasa azan Maghrib dikumandangkan di surau saya, kelihatan jemaah datang dari pelbagai arah. Ada yang naik motorsikal dan ramai yang berkereta.

Saya tetarik melihat jemaah yang datang berbaris berjalan kaki menelusuri tepi pagar surau dari arah rumah kongsi pekerja Indonesia yang sedang menyiapkan projek perumahan tak berapa jauh dari surau.

Semasa sembahyang nanti, kita akan berdiri sebaris-sebaris dan semuanya berada di belakang imam. Tiada Tan Sri, Dato', tiada jutawan, tiada JUSA atau taraf kewarganegaraan yang memisahkan kita.

Saya tertanya-tanya dalam hati, amal siapakah yang akan di terima oleh Allah di akhirat kelak? Mungkin buku catatan amal kita bertimbun-timbun,tetapi yang diambil kira hanyalah amalan yang ikhlas. Lalu saya menyoal keikhlasan diri sendiri. Entah mengapa tetiba air mata saya tergenang.

Nota Kaki: Ini entri tertangguh. Pekerja Indonesia yang diceritakan sudah tiada lagi. Pindah entah ke mana. Rumah kongsi pun sudah dirobohkan. Dan projek perumahan sudah lamasiap.



.

CERITA PERGI JEPUN # 5: MAIN AIR BATU.

$
0
0
Sambung dari entri ini berkaitan cerita lawatan saya ke Jepun (30/4 hingga 6/5/2017).

Saya rasa melancong ke Jepun pada tarikh ini untung kerana dapat tengok bunga sakura dan bermain ais yang masih ada berbaki di kawasan pergunungan. Saya tidaklah teruja sangat hendak bermain ski kerana sedar akan kemampuan, tapi lebih teruja dengan peluang untuk menaiki shinkansen (keretapi lajunya) buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya.


Gambar 1: Inilah keretapi laju yang membawa separuh perjalanan kami ke Gala Yuzawa - tempat bermain ais.


Gambar 2: Pemandangan pekan berhampiran dari dalam kereta kabel menuju tempat bermain ski.

 

Gambar 3: Pemandangan ke arah gunung dari dalam kereta kabel yang menampakkan tompok-tompok ais di lerengnya.

 

Gambar 4: Gaya dua orang pemain ski amatur dalam kereta kabel yang membawa kita ke stesyen bermain ais.


Gambar 5: Berselfie je lah .. nak main ski takut tak balik Malaysia nanti.


Gambar 6: Masih meriah dengan orang ramai yang mengunjungi pusat ini walaupun sudah memasuki musim bunga.


Gambar 7: Kesemua anggota rombongan kecuali Haiqal anak bongsu saya yang ghaib entah ke mana.

 

Gambar 8: Haiqal anak bongsu saya yang cukup seronok bermain gelongsor.


Gambar 9: Peserta tertua dalam rombongan. Benda alah tu hanya prop untuk bergambar sahaja.


Gambar 10: Perserta termuda dalam rombongan. Cucu saya yang ke 5/6. Bila besar nanti tentu dia tak akan ingat apa-apa tentang tempat ini.


Gambar 11: Makngahnya melayan cucunya, Iris  bermain gelongsorsebelum dia pulak bermain.


 Gambar 12: Saya pun tidak tahu macamana saya boleh terjebak bergambar kat tempat ni.
 

Gambar 13: Kalau ada sirap, boleh buat ais kepal ni.


Gambar 14: Masa muda-muda duduk kat Amerika dulu tak nak cuba.

 

Video 1: Haiqal yang buat pertama kalinya bermain gelongsor menunjukkan bakatnya. Harapnya pembaca dapatlah tengok video ini kerana dalam entri sebelum ini ada yang mengadu tak dapat tengok video.


Gambar 15: Macam biasalah. Tugas menjaga beg, barang-barang dan cucu diserah kepada saya. Lihatlah betapa gembiranya wajah saya menjalankant tugas tersebut.

Walaupun tempat kita tida ada salji, tetapi kita dianugerahkan dengan cuaca panas yang nyaman sepanjang tahun. Sebenarnya bagi mereka yang tinggal di negeri 4 musim, cuaca panas adalah sesuatu yang sangat mereka dambakan. Adalah jadi kemegahan kepada mereka, jika dapat menunjukkan kulit yang berubah warna kerana berjemur di bawah matahari dinegara-negara atau kepulauan bercuaca panas macam tempat kita. 


SI GADIS BUNGA BERMATA TAJAM.

$
0
0

Bergambar dengan penyanyi 60an, Siti Zaiton dan Maria Bachok (duduk) di satu funfair di Kuala Klawang, Jelebu pada 24 Oktober 1970.

Coba teka ada berapa orang ada dalam gambar di atas?  Selama ini saya berpendirian bahawa hanya ada 10 orang sahaja. Tapi pada 25 Februari 2012, saya disedarkan oleh gadisBunga lewat entri ini, yang mengatakan ada 11 orang dalam gambar tersebut. 



 Inilah komen dari seorang blogger bernama gadisBunga yang saya maksudkan.

Selain 8 orang yang berdiri dan seorang yang duduk, ada 2 orang lagi yang cuba 'enter frame'. Seorang di sudut kiri bawah dan seorang lagi di celah lengan saya di sebelah kananseperti yang dikatakan oleh si gadisBunga

Bagi yang telah pening mencari mana lagi dua orang tu,  mari saya tolong zoomkan seperti di bawah ..


Ni yang mengintai dari sebelah kiri.

 
Yang ni pulak yang mengintai dari sebelah kanan. 

Pengajarannya: 

1. Pendirian kita yang telah kita pegang sejak sekian lama tidak semestinya betul.

 2. Pentingnya kita mendapat pandangan orang lain dalam sesuatu isu kerana kata orang, banyak kepala lebih baik dari satu kepala.

 
Nota Kaki. Ini entri yang sudah lebih 5 tahun tertangguh. GadisBuga pun dah jarang-jarang berblog. Harap-harap dia baca dan komen entri ini.

.LINTASAN.

$
0
0

Cetakan skrin yang saya buat lima tahun lalu.

Salah satu kegemaran masa lapang saya ialah melihat bloglist blogger yang berkunjung ke blog saya. Saya seronok dan terasa puas bila blog kita ada tersenarai dalam bloglist mereka.

Namun begitu saya tidak pula dirundung kedukaan yang melampau, jika tiba-tiba blog saya terkeluar dari bloglist mana-mana blog kerana saya tahu hati manusia boleh berubah.

Salah satu blog yang khusus menyeranaikan blog dan lain-lain laman  adalah .Lintasan.  Di antara ratusan blog dan institusi yang tersenarai dalam blog ini, terdapat nama KomenSen di dalamnya. Terima banyak-banyak kepada pemililk blog .Lintasan.Blog kengkawan lain  pun ada kelihatan di sana. Misalnya blog Kakcik Seroja. 


Seronok bila melihat blog sendiri tersenarai dalam salah satu bloglist blog ini.


Blog .Lintasan. ini bolehlah saya katakan macam "Pusat Sehenti" untuk kita pergi ke mana-mana laman web yang lain. Misalnya ada diberikan  link hotel, bank, restoran, pusat beli belah, kereta, travel, hartanah dan sebagainya. Pendek kata 'macam-macam ada' di sini dan memenuhi keperluan saya.Kalau nak tahu samada blog anda tersenarai atau tidak, silalah berkunjung ke sini.

Nota kaki: Entri ini sudah 5 tahun tertangguh. Sebentar tadi saya sudah buat semakan, didapati blog itu masih wujud dan blog saya masih lagi tersenarai. 

 

ETNIK CINA WAJIB KUASAI BM !

$
0
0



Saudara Teo Kok Seong kata etnik Cina wajib kuasai bahasa Melayu. Kalau etnik Cina dikatakan wajib kuasai bahasa Melayu, tentulah etnik Melayu lebih wajib lagi. Kan ?


Saya teringat sebuah entri lama saya di mana seorang blogger bukan keturunan Melayu menulis dalam Bahasa Melayu baku yang sangat baik dalam setiap entrinya. Blognya di sini.


Nota kaki: Entri ini sudah lebih 5 tahun tertangguh. Saya baru semak link yang saya beri tu rupanya dah tutup. Maaf bebanyak.

WW # 152: BELUM READY NOMBOR 14.

MASIH ADAKAH YANG PASANG WORD VERIFICATION ?

$
0
0
Adakah anda memasang'word verification' di blog anda ? Bagi yang belum tahu, benda ini dipasang bertujuan untuk menghalang robot dari memberi komen. Selalunya benda ini berjaya mematikan selera saya untuk memberi komen. Contoh blog yang ada pasang benda tu adalah seperti di bawah:


a0

Yang ini lagi saya tak suka .. pastu apa ?

Kalau ada sahabat yang pasang benda tu, fikir-fikirkanlah. Kalau nak letak juga, sebab dah pasang niat dari mula berblog, teruskannlah.

Nota kaki: Ini entri tertangguh. Saya tak tahu samada ia masih relevan atau tidak kerana saya sudah tidak berjumpa lagi orang pasang kat blog diaatau saya yang jarang komen kat blog orang.


SONYUM SOKOJAP # 85: IFTAR KAWAN SAYA.

$
0
0


Gambar hiasan hasil carian Google.


Hari tu semasa makan sahur kat surau, seorang sahabat cerita tentang iftarnya:

"Saya berbuka tak ada makan apa pun .. cuma kurma, segelas teh tarik dan nasi je"  katanya tanpa ada orang bertanya.

"Kata tak makan apa .. tu kira dah banyaklah tu"saya menyampuk.

"Tak adalah makan kuih itu dan kuih ini macam orang lain" dia membela diri.

"Yoo lah tu"kata saya. 








TAHFIZ DIBUANG ?

$
0
0

"Tahfiz dibuang".  Begitulah tajuk akhbar muka depan Berita Minggu keluaran 23 Mei 2010. Siapa yang membuang ? Kenapa dibuang ? Kemana dibuang?


Siapa yang membuang ?  Oleh anak atau saudara-mara mereka ? 
Kenapa dibuang ?  Kerana menyusah, menyemak, menggangu, menyibuk ?
Kemana di buang ? Hospital, rumah orang-oran tua, tepi jalan ?

Minta maaf kerana saya nak ulang-tayang gurindam di bawah yang pernah tersiar di sini suatu masa dulu.

INGAT TAK DULU-DULU ?


Kau tahu tak dulu-dulu?
Aku yang menyuap nasi ke mulut mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama yang kau tuju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau perlu
Hibanya hati tuhan sahaja yang tahu.

Kau ingat tak dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku sudah tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.

Kau sedar tak dulu-dulu ?
Kau sering sahaja terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Tetapi kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.

Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Kau ingin terbang dan lari jauh-jauh
Air mata ku sudah tiada lagi untuk jatuh
Apa daya ku untuk menghalang
Kini diri ku ibarat melukut di tepi gantang
Sampainya hati mu diri ku kau buang.

Akan ku bawa diri ini mencari daerah yang baru
Moga-moga ada damai yang menanti di situ
Dan dari kejauhan ini ketahuilah wahai anakanda
Aku akan menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia.

Dan seandainya nanti kau terluka
Carilah dan datanglah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti akan menyambut dan merawat mu seperti dulu-dulu
Kerana sesungguhnya kau tetap anak ku .. darah daging ku !

 
Nota kaki: Entri  sudah lebih 7 tahun tertangguh tapi isinya masih lagi relevan.

ENTRI FASAL DRAF ENTRI.

$
0
0
Semakan terbaru yang saya buat didapati masih ada sebanyak 456 draf entri saya yang masih terperam. Saya buat semuja entriini sejakbeberapa tahun lalu, semasa semangat berblog tengah berkobar-kobar. Rasa sayang pulak nak buang. Walaupun sebahagian daripadanya saya dapati sudah tidak relevan dengan keadaan semasa tetapi banyak juga yang masih boleh dipakai. Jadi saya gigihkan diri melawat dan mengubahsuai mana-mana entri yang saya fikirkan bolehdiselamatkan untuk siaran.

Selepas habis semua draf entri lama tersebut tersiar nanti, besar kemungkinan saya akan bersara dari berblog kerana berblog sudah trending lagi sekarang. Tambahan pula kebanyakan kengkawan blogger sudah berpindah ke medium fesbuk, instagram, wasap atau bersara terus dari semuanya.




Akhirnya terimalah serangkap pantun lama dari saya.

Intai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami sementara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Saya ubah sikit maksud pantun tu kepada "sementara nampak"  kerana saya tak faham maksud "antara nampak" dalam rangkap asalnya.

Nota kaki: Ini adalah entri melekat. Sila skrol ke bawah untuk membaca entri baru.

INGAT MENGINGAT ANTARA SUAMI ISTERI BOLEH TIMBULKAN MASALAH.

$
0
0


 Gambar hiasan hasil carian Google. 

Kadang-kadang tak elok juga kalau kita sebagai suami isteri sering ingat mengingat antara satu sama lain.

Contoh. Isteri masukkan kueh agar-agar yang belum sempat kita makan kedalam peti ais, lalu kita protes. Dia pun jawab, "saya INGAT awak dah makan".

Contoh lain. Kita cadang nak makan buah harumanis, tapi dah habis dia makan. Kita protes. Dia jawab, "saya INGAT awak tak gemar"

Contoh satu lagi.  Kita tengah baca kitab, tetiba isteri padamkan lampu. Kita  protes. Dia pun jawab, "saya INGAT awak dah tidur"

Tapi boleh tak kalau suami kawin satu lagi dan bila isteri protes, kita jawab "saya INGAT awak tak marah?"

DARI FESBUK # 14: HABIS NAK BELI APA ?

ANTARA PERKARA YANG KITA BIASA TANYA MAK.

$
0
0

Tangga nak simpan kat mana? - tanya mak.
Nak beli baju warna apa? - tanya mak.
Yang ini baja buah ke baja pokok? - tanya mak.
Boleh tak kari ayam campur tembikai? - tanya mak.
Nak masak nasi berapa pot? - tanya mak.
Kain jenis apa yg tak kecut? - tanya mak.
Tuisyen Ucu hari Sabtu pukul berapa? - tanya mak.
Blender simpan kat mana? - tanya mak.
Baju ni kalau rendam boleh bubuh clorox tak? - tanya mak.
Perut Iris kembung nak buat camana? - tanya mak.
Sabun mandi ada lagi tak? - tanya mak.
Siapa tahu nombor ic ayah? - tanya mak.
Siapa nampak alat penimbang? - tanya mak.
Semua nak tanya mak. 
Nasib baik tak tanya mak cara-cara nak bernafas.


Viewing all 723 articles
Browse latest View live