Sambutan hari Raya Haji tetap meriah di sini. Sehari sebelum itu, iaitu hari Sabtu jalan sungguh sesak menuju ke pasar sehari Balai Baru dengan kenderaan orang ramai bertali arus berurusan membeli persiapan raya.
Sembahyang raya juga penuh masjid. Kereta yang diletakkan di sepanjang jalan menuju masjid sudah tidak lagi ikut peraturan. Tapi toleransi dan kesabaran orang kampung sangat tinggi. Tiada langsung bunyi hon atau orang meninggi suara. Masing-masing sabar menunggu di dalam atau di samping kereta masing-masing.
Saya tidak mendengar ada orang bercerita atau mengeluh tentang kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen beberapa hari sebelum ini. Tidak seperti ramai rakan-rakan di fesbuk yang menyatakan kemarahan masing-masing kecuali seorang dua yang menyokong. Sampai ada yang mengajak tukar kerajaan. Janganlah jadi seperti rakyat Iraq atau Libya yang seronok sangat nak menjatuhkan Saddam dan Gaddafi dahulu. Apa jadi sekarang ?
.
Mungkin bagi orang kampung yang buat bendang, yang ke sana kemari rata-rata naik motor kapcai, kenaikan harga itu tidak berapa terasa. Kalau pun terasa, mungkin mereka akan ejas dengan cara mengurangkan hisap rokok sebatang sehari.
Atau mungkin juga mereka bersyukur kerana minyak masih lagi boleh dibeli dimana-mana steseyen minyak pada bila-bila masa. Kalau sudah tidak lagi dijual, duit berjuta pun tak guna. Orang kita kalau tunggu sejam untuk isi minyak pun sudah bising satu Malaya, saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi kalau tiada minyak.
Setelah pernah tinggal di luar negara dan melawat banyak tempat di dunia ini, saya masih lagi menyatakan negara Malaysia adalah yang terbaik. Saya langsung tidak teringin untuk tinggal menetap di mana-mana negara yang pernah saya tinggal dan lawati. Melancong bolehlah. Bahkan ada juga saya terdengar orang mengatakan Malaysia ini adalah ibarat syurga berbanding negara lain. Kalau tak percaya tanyalah orang Bangla, Myanmar, Nepal, Filipina, Kampuchea, Indonesia dan lain-lain yang mencari makan di negara kita.
![]()
Gambar 7: Kelam kabut untuk mengisi minyak motor di Sulawesi Selatan. Rasanya Indonesia turut menjadi ahli OPEC. Sumber: Sini.
![]()
Saya percaya kalau kerajaan India menaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter dan wang itu digunakan untuk menyediakan tandas percuma kepada rakyatnya, dalam masa 2-3 tahun sahaja masalah tandas itu boleh diselesaikan. Saya rasa itu lebih afdal lagi dari melaksanakan program pergi ke Mars yang kerajaan mereka laksanakan itu.
![]()
Hairannya orang-orang India yang tidak bertandas di rumah mereka itu, tidak pula bertindak berarak di jalan raya melaunngkan reformasi untuk menukar kerajaan.
Gambar 1: Pertama kali saya tengok sesak sebegini.
Sembahyang raya juga penuh masjid. Kereta yang diletakkan di sepanjang jalan menuju masjid sudah tidak lagi ikut peraturan. Tapi toleransi dan kesabaran orang kampung sangat tinggi. Tiada langsung bunyi hon atau orang meninggi suara. Masing-masing sabar menunggu di dalam atau di samping kereta masing-masing.
Gambar 2: Saya bersembahyang di Masjid al-Saadah.
Selepas sembahyang raya, saya membantu jiran depan rumah yang membuat korban. Hujan pulak 80% dari masa siang. Saya perhatikan semangat bergotong royong masih lagi tebal di sini.Gambar 3: Kelihatan kaum ibu sedang tekun menyediakan lauk pauk untuk makan tengahari.
Saya tidak mendengar ada orang bercerita atau mengeluh tentang kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen beberapa hari sebelum ini. Tidak seperti ramai rakan-rakan di fesbuk yang menyatakan kemarahan masing-masing kecuali seorang dua yang menyokong. Sampai ada yang mengajak tukar kerajaan. Janganlah jadi seperti rakyat Iraq atau Libya yang seronok sangat nak menjatuhkan Saddam dan Gaddafi dahulu. Apa jadi sekarang ?
.
Gambar 4: Luahan perasaan seorang pemegang akaun fesbuk kerana kenaikan harga minyak.
Mungkin bagi orang kampung yang buat bendang, yang ke sana kemari rata-rata naik motor kapcai, kenaikan harga itu tidak berapa terasa. Kalau pun terasa, mungkin mereka akan ejas dengan cara mengurangkan hisap rokok sebatang sehari.
Atau mungkin juga mereka bersyukur kerana minyak masih lagi boleh dibeli dimana-mana steseyen minyak pada bila-bila masa. Kalau sudah tidak lagi dijual, duit berjuta pun tak guna. Orang kita kalau tunggu sejam untuk isi minyak pun sudah bising satu Malaya, saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi kalau tiada minyak.
Gambar 5: Ini pernah berlaku kat UK. Sumber sini.
Setelah pernah tinggal di luar negara dan melawat banyak tempat di dunia ini, saya masih lagi menyatakan negara Malaysia adalah yang terbaik. Saya langsung tidak teringin untuk tinggal menetap di mana-mana negara yang pernah saya tinggal dan lawati. Melancong bolehlah. Bahkan ada juga saya terdengar orang mengatakan Malaysia ini adalah ibarat syurga berbanding negara lain. Kalau tak percaya tanyalah orang Bangla, Myanmar, Nepal, Filipina, Kampuchea, Indonesia dan lain-lain yang mencari makan di negara kita.
Gambar 6: Beratur untuk mengisi minyak di Abuja. Sumber: Sini

Gambar 7: Kelam kabut untuk mengisi minyak motor di Sulawesi Selatan. Rasanya Indonesia turut menjadi ahli OPEC. Sumber: Sini.
Pada masa ini kira-kira 50% dari 1.2 billion orang penduduk India tidak ada tandas di rumah dan membuang air besar secara terbuka. Pada hal mereka lebih dulu merdeka dari kita bahkan India merupakan antara negara yang terawal bertamaddun di dunia ini.

Gambar 8: Hampir 600 juta orang penduduk India membuang air besar secara terbuka kerana tiada tandas di rumah. Sumber: Sini
Saya percaya kalau kerajaan India menaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter dan wang itu digunakan untuk menyediakan tandas percuma kepada rakyatnya, dalam masa 2-3 tahun sahaja masalah tandas itu boleh diselesaikan. Saya rasa itu lebih afdal lagi dari melaksanakan program pergi ke Mars yang kerajaan mereka laksanakan itu.

Gambar 9: India melancarkan misi ke Mars: Sumber: Sini