Beberapa minggu lepas, saya membuang satu dahan pokok putat yang menaungi pokok ciku dan pokok cempedak saya. Nak jadikan cerita, hujung dahan putat itu tersangkut kat pokok pinang dan terhalang untuk jatuh ke tanah. Kerengga pulak punyalah banyak. Lalu saya tinggalkan begitu sahaja dahan putat itu selepas tidak tahan diserang kerengga.
Seterusnya langsung saya masuk ke dalam bilik tidur saya dan mula membuka komputer untuk berblog atau berfesbuk. Tetiba saya terdengar bunyi 'rak rak rum'. Rupanya pokok pinang yang saya katakan itu, tercabut akarnya dan terbungkang tumbang. Ia tewas setelah beberapa lama diasak oleh dahan pokok putat yang yang telah saya potong itu.
Saya bergegas keluar melihat apa kesudahannya. Makngahya berteriak memanggil saya kerana sangkanya saya masih berada di luar.
Saya dapati hujung pokok pinang itu hanya beberapa kaki sahaja lagi hendak menghempap atap rumah dan sepohoh pokok harum manis saya yang hidup subur menghijau. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT kerana telah mengelakkan kami dari bencana.
Gambar 2: Cuba perhatikan jarak batang dan pucuk pokok pinang itu (yang sudah saya kerat) dari cucur atap dan pokok mangga harum manis saya.
Pengajaran: Kadang-kadang kalau kita bernasib baik, sesuatu masalah itu akan selesai dengan sendirinya kalau kita biarkan begitu sahaja buat seketika. Kadang-kadanglah. Bukan sentiasa.

Gambar 1: Begitulah jadinya kalau akar tidak kukuh, senang sahaja tumbangnya bila ditolak dan diasak.