Quantcast
Channel: KomenSen
Viewing all 724 articles
Browse latest View live

BETUL KE PEKERJA MALAYSIA BERMASALAH ?

$
0
0

"Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKA-PATI) menetapkan semua restoran berkonsepkan makanan segera di negara ini tidak dibenarkan menggaji pekerja asing"

Berikutannya timbul rasa tidak puas hati dizahirkan oleh majikan terhadap keputusan JKKA-PATI itu. Alasan mereka ...

1. Pekerja Malaysia tidak rajin. Saya dengar satu temuramah di tv ada seorang majikan berkata, produktiviti seorang pekerja asing bersamaan dengan 3 orang pekerja tempatan.

2. Pekerja Malaysia tidak berdisiplin. Ada majikan berkata, pekerja tempatan sering bercuti ikut suka, lewat sampai, cepat balik, lembab dan macam-macam lagi.

Soalan saya. Adakah pekerja asing itu samada dari India, Nepal, Indonesia dan sebagainya memang rajin secara genetik atau mereka rajin disebabkan keperluan atau tekanan hidup di negara masing-masing ?

Saya rasa secara semula jadinya, kalau kita bekerja di perantauan, kita akan bekerja dengan tekun. Banyak bukti-bukti pekerja Malaysia yang bekerja di luar negeri merupakan pekerja yang baik dan disukai oleh majikan mereka. Lagipun kalau kita diperantuan kita tak dapat balik setiap hujung minggu melawat keluarga, bila musim durian, bila kenduri kendara dan sebagainya.

Entahlah.  Itu hanya pendapat saya. Kalau tak setuju, tak apalah tapi janganlah marah ek !





WW # 102 - HANYA DI MALAYSIA DI LARANG KERAS MEMBUAT LUBANG !

INI CERITA SAYA PULAK - LAWATAN KE BUKIT TINGGI DAN PADANG, INDONESIA SEPINTAS LALU.

$
0
0
Dari 12/11 hingga 15/11/2013 saya bersama 5 orang rakan lagi melancong ke Bukit Tinggi dan Padang, Sumatra. Belanjanya sangat murah. Tiket hanya RM188.00 je seorang, pergi balik. Bayaran makan, hotel dan kenderaan pulak cuma RM350.00 sahaja sekepala.

Lebih senang rasanya saya nak cerita seiring dengan gambar.



Gambar 1: Sebelum memulakan perjalanan kena ada alas kaki yang betul. Pengalaman saya pergi Saigon tahun sebelumnya mengajar saya memilih alas kaki yang sesuai.Memang selesa kasut ini.


Gambar 2: Saya bawa 3 juta pun tak habis sebab banyak tempat yang terima dan lebih suka dengan duit RM kita selain menerima kad kredit.


Gambar 3: Bandara (Bandar Udara) Minangkabau dari tempat duduk saya dalam pesawat.


Gambar 4: Pintu gerbang pertama yang di lalui.
.

Gambar 5: Persinggahan pertama. Nampak tak air terjun kat belakang kami ? Kami tak mandi walau ada di kalangan kami yang belum mandi kerana nak menjimatkan masa.

 

Gambar 6: Persinggahan kedua. Model Rumah Gadang yang menjadi Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.


Gambar 7: Taklimat ringkas yang sangat informatif dan diberikan oleh petugas Rumah Gadang ini. Kalaulah kat Muzium atau Pusat Penerangan Pelancongan kita ada khidmat macam ini kan bagus !


Gambar 8: Saya berdiri ditengah dengan diapit oleh dua pasangan di kiri dan kanan saya.

 

Gambar 9: Salah satu kedai menjual kain baju yang disinggahi. Nasib baik Makngahnya tak pergi, kalau tidak 3 juta pasti tak cukup.


Gambar 10:  Dari tepi jalan menghala ke Tasik Maninjau.Pemandangannya sungguh mempersonakan. Rasa tak nak balik.


Gambar 11: Salah sebuah masjid yang tersergam cantik di kelilingi sawah padi.


Gambar 12: Kami hanya sampai setakat kelok 37 sahaja dan harus beredar kerana ada banyak tempat lagi yang ingin di lawati. Lain kali kalau pergi lagi saya teringin nak sampai ke rumah almarhum Pak HAMKA yang berada di penghujung jalan..


Gambar 13:  Di kiri gambar adalah surau yang terapung dengan air kolam datang dari air gunung yang sejuk, jernih dan bersih.


Gambar 14: Di mana-mana tempat perhentian pelancong akan adalah orang berdagang. Gigih sungguh orang sini mencari penghidupan. Saya teringat saudara saya peneroka FELDA yang duduk goyang kaki kerana segala kerja diupahkan kepada orang dari Indonesia.


Gambar 15: Nama "Pandai Sikek" ada dalam lirik lagu Minang - Ayam Den Lapeh.



 Gambar 16: Dalam perjalan balik untuk bermalam di Padang, saya lihat bangunan ini yang sangat unik rupabentuknya yang merupakan sebuah masjid yang masih dalam pembinaan.  

Saya petik pengenalan mengenai masjid ini dari Wikipedia:



Masjid Raya Sumatera Barat atau juga dikenal sebagai Masjid Mahligai Minang adalah salah satu masjid terbesar di Indonesia yang terletak di Kecamatan Padang Utara, Kota Padang, Sumatera Barat. Masjid yang pembangunannya masih dalam tahap pengerjaan ini merupakan masjid terbesar di Sumatera Barat.
Pembangunan masjid ini dimulai dengan peletakan batu pertama pada 21 Desember 2007 oleh Gubernur Sumatera Barat saat itu, Gamawan Fauzi. Pengerjaannya dilakukan dalam beberapa tahap yang terkendala karena hanya mengandalkan dana APBD Sumatera Barat.
Hingga saat ini pemakaian masjid ini untuk aktivitas ibadah belum dapat dilakukan karena ketiadaan fasilitas listrik dan air bersih.[1] Meski tidak rutin, masjid ini sudah difungsikan untuk berbagai kegiatan; tabligh akbar dan pelaksanaan Salat Ied. Selain itu, kegiatan wirid di lingkungan pegawai negeri sipil pemerintah provinsi Sumatera Barat dipusatkan di masjid ini.

Banyak juga tempat di dunia ini (selain Mekah dan Madinah) yang telah saya lawati, tetapi tidak teringin sangat nak pergi melawat lagi, tetapi tidak dengan Bukit Tinggi. Entah kenapa ? Mungkin  tempat ini adalah tanah tumpah darah nenek moyang saya sebelum mereka berhijrah ke di Negeri Sembilan, beratus-ratus tahun dulu.

NIKMAT YANG KERAP KITA TAK PERASAN

$
0
0

Gambar hiasan hasil carian Google.

Selalu kita dengar orang berkata"alangkah nikmatnya kalau aku ada benda itu".Tapi jangan kita lupa, tidak memiliki sesuatu itu pun kadang-kadang adalah satu nikmat.

Kadang-kadang kita juga tidak perasan atau tidak sedar yang kita sedang menikmati sesuatu sehinggalah sesuatu itu tidak ada pada kita.

Lawan kepada nikmat adalah azab. Ia tidak boleh datang bersama. Jadinya kalau kita tidak merasa azab pada masa ini, maknanya kita sedang merasai nikmat.

Misalnya kita selalu ambil mudah (take for granted) urusan buang air besar. Bila terasa, masuk tandas dan beberapa minit kemudian selesai. Lega. Sekarang cuba bayangkan kalau kita tidak dapat buang air besar selama 3 minggu terus menerus. Bukan 3 hari tapi 3 minggu. Mesti kita rasa azab kan ?

Kita duduk atau mencangkung dalam tandas berjam-jam lamanya tapi dia tak mahu keluar. Rasa ada. Dah dekat sangat, tapi dia tak juga mahu keluar. Pada saat itu baru kita sedar bahawa wang berjuta pun tidak ada gunanya.

Selepas ini kalau kita lihat orang tu ada banglo 7 bilik tidur, kereta Mercedes, ada Estima, ada Kelisa dan motorsikal jangan cemburu. Entah-entah dia sedang menanggung azab kerana tak dapat buang air besar sudah 3 minggu. Dan kalau kita tidak mengalami azab tersebut, bersyukurlah sebanyak-banyaknya kerana kita sebenarnya sedang mengalami nikmat, iaitu nikmat boleh buang air besar tanpa sebarang masalah. Itu baru satu contoh nikmat.

Kesimpulannya, kalau kita tidak mengalami sebarang masalah pada masa ini, maknanya kita sedang menikmati kehidupan ini dan dengan itu banyak-banyaklah bersyukur agar Allah menggandakan lagi nikmatnya. 

Sudahkah anda mengucap syukur kerana masih boleh dan dapat membaca entri ini ?


KISAH BENAR PENGALAMAN SAYA MENAIKI BAS EKSPRES.

$
0
0



Selfie di dalam bas sebelum bas bergerak.


Sebetulnya saya sudah lama tidak menaiki bas ekpres. Kali terakhir kalau tidak silap ialah pada tahun 1984 balik dari Perlis ke KL.

Minggu lepas sempena cuti Hari Raya Cina saya balik ke Perlis (kampung Makngahnya) menaiki bas ekpres. Naik dari Seremban terus ke Perlis. Bertolak kira-kira jam 11 malam dan sampai kira-kira 5 pagi waktu tempatan.

Sebaik menjejakkan kaki menaiki tangga bas, kami disambut dengan senyuman oleh pemandu dan pembantunya sambil mengucapkan selamat datang dan selamat malam.

Sebaik bas bergerak meninggalkan terminal, pembantu pemandu dengan menggunakan pembesar suara mengalu-mengalukan semua penumpang, mengucapkan terima kasih kerana memilih syarikat pengangkutan mereka. 

"Kita akan berhenti di beberapa kawasan R&R untuk membolehkan tuan-tuan dan puan-puan turun membuang air atau membeli minuman dan makanan ringan. Bagaimana pun tuan-tuan dan puan-puan boleh menekan loceng bila-bila masa, jika memerlukan kami untuk berhenti".

Seterusnya beliau mengucapkan selamat malam dan memadamkan lampu untuk memberi keselesaan kepada penumpang memejamkan mata untuk tidur. Semasa taklimat sedang berjalan pun sudah kedengaran ada yang berdengkur. Maklumlan jam sudah menghampiri 12 malam.

Akhirnya bila sampai ke destinasi terakhir, pemandu dan pembantunya sekali lagi berdiri di muka pintu bas mengucapkan terima kasih dan semoga berjumpa lagi dan memohon maaf jika ada apa-apa kekurangan di pihak mereka.

Sebenarnya itu adalah impian dan harapan saya sahaja. Realitinya amatlah menyedihkan dan terasa malu dengan adab sopan pemandu dan pembantunya yang ke dua-dua Melayu. Saya  senarai ringkaskan apa-apa yang menjengkilkan saya.

1. Tiada muka manis atau ucapan selamat datang menyambut kami. Kami diumpamakan seperti kambing-kambing yang diarahkan masuk ke kandang.


2. Bila berhenti, mereka tidak langsung memberi tahu kita boleh turun atau pun tidak dan berapa lama boleh turun. Pandai-pandai kitalah.

3. Apabila mula bergerak selepas berhenti, mereka jalan begitu sahaja tanpa bertanya adakah semua sudah ada atau mengira bilangan penumpang yang ada. Nasib baik tiada penumpang yang tertinggal di dalam jamban.

4. Bila berhenti untuk menurunlan penumpang, mereka hanya menjerit, misalnya"Changlun .. Changlun ..  Changlun".  Saya tidak pasti adakah mereka nak beritahu ini pekan Changlun atau apa ?

5. Tiada ucapan terima kasih atau manis muka semasa kami turun dihentian terakhir. 

Kalau ada yang merasa tulisan saya ini agak keterlalun, tak mengapalah sebab itu pemerhatian serta pengalaman yang saya rasai sendiri. Mungkin anda tidak pernah merasakannya.



TAK BUAT APA-APA KERANA YAKIN,

$
0
0


Haiqal macam tuan besar duduk kat belakang.

Setiap hari saya jemput anak saya dari sekolah bila mendapat panggilan telefon dari dia kecuali hari Jumaat. Sebabnya dia balik tak menentu. Katanya ada silat dan balik 5.30 petang, tapi kadang-kadang pukul 6.30 petang belum selesai. Kadang-kadang langsung batal. Hari Jumaat masa baliknya tetap jam 12.20 tengahari.

Jadi saya buat persetujuan dengan anak saya (Haiqal), yang saya hanya akan jemput dia bila dia telefon. Lagi pun rumah saya dekat je dengan sekolahnya. Cuma kira-kira 5 minit berkereta dalam kelajuan bukan luar biasa.

Satu petang dalam kereta semasa perjalanan balik dari mengambilnya, saya mengajukan satu soalan kepada dia.

Saya: "Katalah telefon awam tu rosak dan tak ada sorang pun kat situ untuk pinjam telefon, Iqal nak buat apa ?"

Haiqal: "Tak yah buat apa-apa". Jawabnya bersahaja.

Saya: "Tak buat apa-apa ? Kenapa ?" Tanya saya kerana ingin tahu sebab dia berkata begitu.

Haiqal: Sebab Iqal tahu Ayah mesti datang ambek punya !

Begitulah keyakinan seorang anak kepada ayahnya.

KALAU IKAN MAHAL, KITA BELA IKAN.

$
0
0

Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang gemar makan ikan atau udang air tawar (sungai). Saya salah seorang penggemar tegar ikan atau udang sungai. Harga ikan dan udang sungai, rata-rata lebih mahal dari ikan dan udang laut.  Nak tangkap sendiri macam dulu-dulu, sudah terlalu sukar kerana ikan dan udang sudah tiada lagi atau sangat berkurangan di sungai dan di tasik-tasik di tempat kita.

Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menjalankan program jangka sederhana dengan melepaskan anak ikan dan udang secara besar-besaran dan berterusan ke dalam sungai, tasik, kolam dan tempat-tempat berair lain yang sesuai. Contonya di Sungai Pahang, Sungai Perak, Sungai Muar, Tasik Kenyir, Tasik Banding dan seumpamanya. Saya cadangkan peruntukan sejumlah RM100 juta setahun disedikan untuk tempoh selama 5 tahun agar kesannya dapat dirasakan.

Saya dapat membayangkan keseronokan menangkap ikan atau udang secara lestari di tempat-tempat tersebut. Ia juga merupakan satu aktiviti riadah yang sihat disamping dapat mengurangkan belanja dapur rakyat Malaysia secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Ikut teori ekonomi bila harga ikan atau udang sungai turun, maka harga ikan dan udang laut yang menjadi saingannya juga akan turut turun.

Mana nak cari duit RM100 juta ?  Peruntukan sebanyaki itu tidaklah sebanyak mana bagi kerajaan persekutuan. Kuranglah sedikit pembelanjaan untuk pelbagai sambutan yang diraikan pada setiap tahun . 

Saya mohon mencadangkan ! 



WW # 103: KALAULAH TIANG TU DI DEPAN RUMAH YB ..


KALAU BELUM SAMPAI AJAL.

$
0
0


'A lone survivor found among wreckage' - The Star, 13.2.2014


Sering kita terbaca atau melihat di kaca tv akan kisah kemalangan kenderaan di jalan raya atau pun udara yang melibatkan kematian semua penumpang kecuali seorang. Kalau melihatkan keadaan kemalangan itu, pada adatnya memang tidak ada sesiapa yang akan selamat. Namun kuasa dan kehendak Allah tidak ada yang mustahil.

Kali ini saya terpegun bila membaca berita kemalangan tersebut seperti keratan akhbar di atas.

Dalam kejadian itu diberitakan sebuah kapalterbang C-130 yang membawa 74 orang penumpang dan anak kapal, telah melanggar sebuah gunung dalam keadaan cuaca buruk dan terhempas. Kesemua penumpang dan anak kapal terbang tersebut telah terbunuh kecuali seorang. Saya mendapat kesan di sini betapa Allah mahu memperlihatkan bukti kekuasaannya kepada mereka yang mahu merenung dan berfikir.

Maka dengan sebab itu, tidak ada sebab langsung bagi kita yang waras fikiran ini meragui kekuasaanNya dan selanjutnya tanpa ragu-ragu, banyak soal serta alasan,  mematuhi sepenuhnya segala peraturan yang telah ditetapkanNya. 

Saya pernah membuat entri suatu masa dulu melibatkan kemalangan kereta di sini bertajuk"Dari Berenam Hanya Seorang Yang Hidup" dan dalam entri tersebut saya ada menulis seperti berikut ..

"Sesungguhnya nyawa kita semua adalah di dalam genggamanNya. Dia berkuasa mematikan dan menghidupkan sesiapa sahaja yang ditetapkanNya".

 Semoga entri ini ada manfaatnya.


PATUT KE CIKGU MINTA ELAUN MENGAJAR ?

$
0
0

Baru-baru saya menerima mesej dari CIMB seperti di atas. Dia kata akan mengenakan caj sebanyak 50 sen sebagai yuran memproses setiap keping cek.  Dia suruh bertukar kepada IBG atau buat Fund Transfer melalui CIMB Clicks. Cukup baik dia punya alasan. Macamlah semua orang ada CIMB Clicks dan pandai menggunakannya. Macamlah guna IBG tu percuma sahaja !

Selama ini seingat saya, yuran tersebut tidak pernah dikenakan kepada pengguna. Saya telah ada Akaun Semasa (current account) sejak tahun 1981 lagi. Masa itu nama bank ini Bank Bumiputra.  Baru-baru ini CIMB teringat nak mengenakan caj itu. Mungkin untung dia sudah berkurangan dan terpaksa mencekik duit pemegang akaun sebanyak 50 sen bagi setiap cek yang diprosesnya. Walaupun cuma 50 sen sahaja bagi satu cek, ada berapa juta cek yang dikeluarkan dalam setahun ?

Bukankah tugas bank selama ini antara lain memproses cek ? Ini serupalah macam cikgu nak minta elaun mengajar. Patut ke ?

Saya memang tak puas hati dengan caj baru ini dan memang dah lama bengang dengan CIMB dan pernah menzahirkannya melalui entri ini tak lama dulu. Mungkin gaji CEO nya masih tak cukup tinggi lagi walaupun sudah mendapat sebanyak RM779,166 sebulan atau sebanyak RM9.35 juta setahun. Takkan nak makan kangkung je hari-hari kan ? 

Bagi yang tak percaya dengan amaun gaji tersebut, sila buat research sendiri.

Berikut adalah gaji yang diterima oleh beberapa orang CEO di negara kita yang saya petik dari satu blog.


1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
 
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
 
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
 
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
 
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
 
 
Kalau begini gayanya, sahlah kata orang yang kaya kekal kaya dan bertambahtambahtambahtambahtambah kaya dan yang miskin kekal miskin dan bertambah miskin.

~

WW # 104 : GELAGAT DUA CUCU KU YANG BERSEPUPU.

ENTRI INI UNTUK MEREKA YANG SELALU MENGELUH.

ANTARA PERKATAAN MELAYU YANG SEMAKIN DILUPAKAN ATAU YANG SUDAH LENYAP.

$
0
0



Makin hari makin banyak perbendaharaan bahasa kita yang tidak digunakan lagi atau jarang-jarang digunakan. Antaranya:

1.  Rumah sakit - Hospital
2.  Rumah pasung - Balai polis
3.  Permaidani - Karpet
4.  Mata-mata - Polis
5.  Ilmu Alam - Geografi
6.  Tawarikh - Sejarah
7.  Ilmu Hisab - Matematik
8.  Khutub Khanah - Perpustakaan.
9.  Belanjawan - Bajet
10. Langsung - Live
11. Merinyu - Inspektor
12. Selekoh - Kona (corner)

Ada banyak lagi. Kalau sudi, anda bolehlah tambah.  

Dan ada juga beberapa perkataan Melayu yang sudah lenyap dan tidak diucapkan lagi. Ia hanya boleh dibaca dalam buku-buku lama seperti Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Kalau ada yang mengucapkan, pasti ramai yang ternganga-ngang dan merasa pelik mendengarnya. Mungkin orang yang berumur lebih 60 tahun masih ingat lagi. Antaranya:

Sebermula
Syahdan
Masygul
Arakian
Alkisah
Firasat
Hatta.

Saya pun dah lupa perkataan apa lagi yang dah lenyap.

p/s: buletin tu apa ek ?


BR1M

$
0
0


 17,000 menolak tawaran bantuan BR1M - The Star, 24/2/2014.

Wang untuk BR1M umumnya bersumber dari wang dari rakyat (selain dari sumber-sumber lain) yang dikumpulkan dalam Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan (consolidated fund). Wang saya juga turut ada didalamnya dalam bentuk cukai tak langsung yang saya bayar seperti cukai petrol, gula dan sebagainya. Harapan saya dan juga semua pembayar cukai yang lain supaya pemegang amanah (iaitu Kerajaan) membelanjakan wang tersebut dengan cekap dan adil.

Dari laporan akhbar The Star pada 24/2/2014, diberithu terdapat kira-kira 17 ribu orang menolak menerima BR1M kerana merasa mereka sudah tidak layak lagi kerana pendapatan mereka sudah bertambah berbanding tahu lalu. Saya sangat percaya jumlahnya yang sebenar jauh lebih ramai dari itu.

Kebetulan saya telah bertemu beberapa individu yang tidak patut mendapat BR1M tetapi telah menerimanya. Salah seorang daripadanya siap tayang  (dengan bangganya) lagi dalam wall fesbuk. Saya tahu duit dia bertingkek-tingkek hasil dari perniagaanya.  Saya juga tahu dia tidak bayar cukai pendapatan dan juga mencarum dalam KWSP.

Sehubungan dengan itu saya cadangkan kerajaan menyerahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menguruskan pembayaran BR1M. Jabatan itu saya rasa paling layak kerana selama ini (sebelum ada BR!M), mereka telah menjalan tanggungjawab dengan baik menyalurkan bantuan Kebajikan Masyarakat yang dibayar pada setiap bulan kepada rakyat yang miskin yang layak menerimanya. Setahu saya sebelum sesuatu permohonan itu diluluskan, mereka akan buat penyiasatan yang agak teliti terlebih dahulu akan kelayakan seseorang pemohonan.

Kalau JKM yang menguruskan pembayaran BR1M mengikut kaedah mereka menguruskan bantuan wang kebajian masyarakat selama ini, saya percaya cuma mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan mendapat BR1M. Tidaklah nanti penerima BR1M menggunakan wang bantuan tersebut untuk menukar henfon Samsung Galaxy 4 kepada Galaxy 5.





KALAULAH SAYA BORONG SEMUA DURIAN ...

$
0
0


Gambar hiasan hasil carian Google.


Katalah saya ada banyak duit. Saya beli/borong/pajak semua durian yang sedang berbuah di seluruh negara. Saya buat perjanjian dengan pemiliknya supaya tidak menjualnya kepada orang lain. Bila ada orang lain datang nak beli, sudah tidak boleh lagi melainkan mereka datang berjumpa saya. 

Maka paniklah semua peraih durian di seluruh Malaysia kerana musim ini tidak ada lagi buah durian untuk mereka perniagakan. Mereka pun berduyun-duyun berjumpa saya untuk berunding. Maka saya pun tarik harga. Masing-masing peraih pun mula berlawan sesama sendiri menawarkan harga yang tinggi kepada saya. Maka makinlah saya jual mahal.

Kemudiannya selepas saya mendapat tawaran harga yang saya inginkan, katalah 10 kali ganda dari harga borong saya, barulah saya menjualnya kepada peraih yang telah membuat bidaan yang tertinggi.

Agak saya begitulah caranya sindiket yang menyebabkan harga rumah melambung pada masa ini.  Bukannya rumah tak cukup atau tak ada, tetapi ada sindiket tertentu telah memborong semua rumah yang sedang dalam pembinaan seperti angan saya memajak durian di atas.




TERKENANG SEMASA DULU 83 - NEW ORLEANS, LOUSIANA - 1984.

$
0
0
Saya pergi naik kapalterbang dari Washington D.C ke beberapa buah bandar di selatan USA atas urusan rasmi. Bila sampai kat airpot (dah lupa nama) saya sewa kereta, kemudian pergi ke tempat-tempat tujuan. 

Bila nak balik, saya tinggalkan kereta kat aiport yang lain bukannya airpot tempat saya mula-mula turun tadi. Tentulah kat cawangan syarikat sewa kereta yang sama. Mudah kan?

Kat Malaysia boleh ke buat cam itu ? Contohnya dari KL  turun kat airport di Kuala Terengganu. Kemudian sewa kereta kat situ dan selepas digunakan beberapa hari kita tinggalkan kat syarikat cawangannya di airport Kota Baharu? 

 

Gambar 1: Di belakang tu kelihatan kapal persiaran sedang menunggu penumpang.
.

Gambar 2: Kapal persiaran untuk belayar di sungai Mississippi - sungai yang terpanjang di dunia.
 

Gambar 3: Kuda tu macam cakap ..  "naiklah .. tunggu  apa lagi".


 Gambar 4: Inilah kereta yang saya sewa itu. Tak tahulah ada kena saman had laju atau tidak .. hehe. Perasan tak, nombor plet kereta belah depan tak ada ?

Pengalaman memandu di sana sungguh menyeronokan (kecuali kalau dalam salji)  kerana umumnya semua pemandu adalah sangat berhemah. R & Rnya banyak dan sangat bersih. Keduanya yang lebih menggembirakan,  tak ada tol walaupun jalanraya dan jambatannya luas serta disenggara dengan elok sekali.




KEMUNCULAN SHARAMLI SI GADIS SUNTI.

$
0
0
Sejak akhir-akhir ini saya sudah malas berblog. Ramai kenalan yang telah mengundur diri. Salah seorang ialah gadis manis bernama Sharamli. Kali terakhir dia membuat entri ialah kira-kira setahun yang lalu.

Tadi saya semak dashboard, tengok ada komen dia yang terperangkap.  Antara lain katanya "uncle tak pernah tak rajin nak update kan".



Komen yang tidak disangka-sangka dari Sharamli

Sebenarnya uncle sudah tidak lagi rajin nak update tapi tidak pula berhasrat untuk bersara terus kerana nampaknya blog uncle secara puratanya mendapat 500 kunjungan setiap hari. 

Bagi saya sebagai seorang blogger bukan sepenuh masa ini, jumlah itu adalah besar.  Bahkan ada dua entri saya telah mendapat lebih 10 ribu pageviews, mengatasi semua entri yang lain.Yang menghairan dan menggembirakan saya ialah kedua-dua entri tersebut berkaitan dengan pantun kerana selama ini saya mengandaikan bahawa entri berkaitan pantun (atau puisi) tidak akan dibaca ramai orang. Rupanya anggapan saya meleset sama sekali.


Entri bertajuk Pantun Lawak Ori mendapat 11,571pageviews.



Entri bertajuk"Panduan Ringkas Cara-Cara Mengarang Pantun"mendapat 14,413pageviews.
 

Di samping itu saya juga menerima mesej dari Sdr Jasri Samad minta kebenaran untuk mencetak pantun saya dari page "Pantun Lawak Ori" mungkin di atas cawan atau baju 't' dll seperti di bawah.


Hati siapa yang tak kembang bila karya kita dihargai orang walau tidak mendapat apa-apa imbalan kewangan. 

Terima kasih Sharamli kerana sudi berkunjung ke blog uncle dan komen awak menyebabkan uncle membuat entri ini. Seperti biasa komen awak seronok di baca.


p/s: kenapa awak masih tak kawen lagi sampai sekarang ?
 

WW # 105: BERSELFIE SEMENTARA MENUNGGU IKAN BAKAR.

SONYUM SOKOJAP 67 - 3G

$
0
0


 Gambar hiasan hasil carian Google.

Beberapa hari lalu saya belikan henfon baru untuk Iqal (anak bongsu saya) sempena hari lahirnya. Semasa membelek-belek telefon barunya, dia bertanya:

"3G tu apa ayah ?"


Saya sebenarnya tidak tahu jawapannya tapi dengan yakin saya menjawab:

"3G tu lebih baik dari 2G tapi 4G lagi baik".

Tanpa menoleh kepada saya Iqal menjawab:

"Ye lah tu".
  Saya dapat mengesan ada sedikit nada menyampah pada suaranya.




 Ayah mana mahu kalah. Hehe.

BUTANG BAJU KU TERTANGGAL.

$
0
0

Tadi semasa duduk menunggu khutbah disampaikan, saya ternampak ada satu benang terjulur kat baju saya. Saya tarik, tarik dan tarik. Akhirnya ia terlepas bersama dengan sebuah butang baju yang saya pakai. Saya pun memerhati dan mencari di mana butang itu mendarat, tapi tak nampak kelibatnya. 
 
Harga butang tu taklah mahal mana tapi dari pengalaman lalu, adalah agak sukar untuk membeli butang yang punya bentuk dan warna yang sama. Bahkan belum pernah lagi saya dapat membeli butang yang serupa dengan butang sedia ada. Kalau digantikan tempat yang kosong, nampak tak cantik.

Selepas mata melilau beberapa ketika, saya pun putus harapan. Mungkin ia telah tersepak oleh lepas seorang seorang jemaah yang memenuhi setiap ruang kosong di dalam masjid. Lalu saya berkata dalam hati ..

"kalau nak jumpa,  jumpalah".

Selepas sembahyang Sunat Ba'diyah, saya pun beredar menuju ke pintu masjid untuk segera keluar kerana saya tak mahu  anak saya menunggu lama di kereta di tengah-tengah panas terik mentari.

Tanpa saya duga, saya terlihat butang itu terletak di atas permaidani  beberapa saf di belakang saya. Tadi saya cuma mencarinya dengan pandangan mata di hadapan dan di kiri kanan saya sahaja. Rupanya dia telah terlepas ke belakang.

 
Inilah gambar butang yang saya maksudkan itu.

Dari peristiwa ini, tetiba sayang teringat akan usaha mencari kapalterbang MH370 yang masih belum dijumpai itu. Kalau Allah hendakkan kita menjumpainya, maka terjumpalah.


Viewing all 724 articles
Browse latest View live