Saya tergelak besar bila membaca komen dari Kamsiah pada satu status fesbuk saya tentang keadaan lupa kakak ipar dia seperti berikut:
Orang kata penyakit lupa tiada ubatnya. Semua orang ada penyakit itu dan pernah mengalaminya. Cuma mungkin darjah kelupaannya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.
Misalannya, biasalah kalau kita terlupa nak 'switch on' periuk nasi letrik dan bila sampai masa nak makan, baru kita sedar setelah buka tudung periuk, nasi yang diharapkan masih lagi dalam keadaan beras berendam.
Namun begitu ada juga perkara yang tidak patut kita lupa dan kalau kita terlupa memang patut kalau kita kena marah atau pun kena ketawakan.
Contohnya kalau kita nak pergi memancing ikan, memang tak patut kalau kita terlupa membawa joran. Kalau ianya berlaku, pasti kita akan ditertawakan atau dimarahi kengkawan kerana menyusahkan mereka sekiranya kita terpaksa meminjam pancing mereka atau terpaksa patah balik.
Tahun ini saya lupa tarikh ulangtahun perkahwinan saya dengan Makngahnya. Nasib baik dia pun lupa sama. Hehehe.
Pernah juga berlaku kes lupa yang telah meragut nyawa di mana seorang ibu tertinggal anaknya yang sedang tidur dalam kereta untuk beberapa lama dalam cuaca panas dan akibatnya sungguh menyedihkan. Minta dijauhkan Allah ia berlaku kepada kita.
Atuknya terlupa nak buang tanda harga kat belakang baju cucunya yang baru dibelinya di Bukit Tinggi .. dan cucunya pulak tak kisah pun.
p/s: perasan tak saya terlupa nak letak huruf 'j' pada perkataan 'juga' pada tajuk entri ini ?